Felixia Yeap Jatuh Sakit Akibat Komen Lucah

Tertekan dengan segelintir peminat yang tidak bertanggungjawab meninggalkan cemuhan dan meninggalkan komen berunsur lucah pada gambar-gambar lama di laman Facebooknya, selebriti tanahair, Felixia Yeap, jatuh sakit.

Bekas model majalah lucah "Playboy" ini berkata, dia sememangnya berniat untuk memadam semua gambar-gambar separa bogelnya itu namun dengan hanya memiliki dua tangan Felixia memohon agar memberikan padanya sedikit masa untuk bertindak.

"Minta kerjasama semua untuk jangan bagi tekanan pada saya lagi. Saya dah tertekan sampai jatuh sakit ni. Tolong jangan bagi tekanan lagi. Saya hanya ada sepasang tangan," kata Felixia yang dipertik dari laman Facebooknya baru-baru ini.

Menurut Felixia, dia terpaksa menghabiskan masa berminggu-minggu untuk memadam beribu-ribu gambar "terlampau" tersebut ekoran kekangan masa kerana terpaksa berkerja keras untuk menyara diri selain meluangkan masa mendekatkan diri dan mengenali agama Islam.

"Gambar2 lama tu saya akan delete, tapi ianya akan makan masa berminggu-minggu (tanpa kerja atau buat kerja lain)... kerana ianya adalah gambar dari tahun 2010/2011 sehingga sekarang, jadi bukan satu dua gambar, tapi beribu-ribu.

"Buat masa ni saya masih tidak stabil dari segi kewangan, dan perlu tumpukan perhatian dalam kerja, selain daripada luangkan masa untuk belajar mengenai agama Islam," katanya lagi.

Selebriti yang tekad berazam untuk memeluk Islam pada Ramadhan ini turut merayu agar semua pihak menghormati dan mengambil iktibar dari pengalaman hidupnya yang berubah ke arah positif berbanding Felixia "versi lama".

KedahNews.com agak hairan dengan segelintir masyarakat yang menghentam, memfitnah dan melakukan provokasi terhadap Felixia yang bakal menjadi saudara baru ini. 

Kami jangka hanya para sahabat seperti Bilal bin Rabah saja yang menderita kerana niat suci mereka memeluk agama Islam. Rupanya di zaman yang serba bertamadun ini pun masih ramai yang bertindak tidak wajar pada bakal bakal saudara seagama?

Kalau dulu Bilal terpaksa berdepan dengan pelbagai penderaan fizikal dihempap batu besar di tengah padang pasir, Felixia pula terpaksa berdepan dengan segala cemuhan, fitnah dan provokasi lucah meskipun baru berniat untuk memeluk agama Allah itu. Alahai... -KedahNews.com