Festival Makan Anjing Di China?


China, 19  Jun – Penduduk di daerah Yulin kini sedang menyambut perayaan musim panas dengan lebih awal dengan menjadikan anjing sebagai hidangan tradisi untuk perayaan tersebut.

Festival perayaan itu dianggap satu perayaan yang paling kejam didunia dan sering dikecam oleh aktivis pencinta haiwan ini dan orang ramai penduduk di sini menjadikan anjing sebarang makanan untuk upacara tahunan penduduk setiap tahun.

Mereka menyambut perayaan ini lebih awal kerana tidak mahu festival ini menjadi sasaran kemarahan orang ramai yang mahu sambutan ini dihentikan serta merta.

Sementara itu, daripada tinjauan yang dilakukan oleh media di China menunjukkan kebanyakkan penduduk di daerah Yulin telah berkumpul seminggu lebih awal untuk memakan daging anjing yang telah dipanggang.

anjing1

Gambar yang telah dirakam oleh media itu, kini telah tersebar di laman-lama sosial dan menjadi topik hangat dikalangan pengguna laman sosial.

Mengikut tradisi penduduk di sini, makan anjing dan buah laici bersama arak dapat mengekalkan kesihatan mereka sepanjang musim sejuk tetapi dakwaan itu tidak dapat dipastikan khasiatnya sekiranya ia dimakan lebih awal sebelum tiba musim sejuk.


Menurut sumber, kebanyakkan aktivis yang membantah perayaan ini dikatakan bimbang mengenai kesan kesihatan penduduk jika mereka makan anjing-anjing itu kerana kebanyakkan haiwan-haiwan ini merupakan anjing liar dan berpenyakit. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor