Pelakon Fizo Omar menafikan isterinya, Mawar Abdul Karim, sedang hamil
berikutan ramai pihak yang salah faham dengan kapsyen gambar yang
dikongsikannya baru-baru ini.
Kata Fizo, dia sendiri akan mengumumkan berita baik itu sekiranya isterinya benar-benar mengandung dan memohon agar peminat mendoakan perkara itu supaya menjadi kenyataan.
“Kapsyen itu disalah faham. Saya tak ada niat apa-apa. Maksud saya
future mother itu bukanlah sekarang tapi pada masa hadapan bila rezeki
itu tiba”.
“Kalau betul Mawar mengandung, saya akan buat declaration
terang-terangan dan bukannya melalui hint. Apapun saya anggap segala
komen daripada pemint itu sebagai doa,” jelas Fizo yang dipetik dari Oh!bulan.
Fizo sebelum itu berkongsi gambar dirinya bersama Mawar dan ibu Fizo dengan keterangan gambar berbunyi, “mothers day celebration with my lovely mum and future mother madam rose”.
Untuk makluman, pasangan sama cantik sama padan ini telah diijab
kabulkan pada 10 November tahun lalu di kediaman Mawar yang terletak di
Country Heights Kajang. -KedahNews.com