Gadis beli ubat kuat sebelum dirogol 38 lelaki?



Ketereh, 2 Jun – Gadis yang telah dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki pada kejadian 20 Mei yang lalu dilaporkan telah membeli ubat kuat di sebuah kedai berhampiran kampung di sini sebelum kejadian dilaporkan berlaku.

Peniaga yang berusia 40-an yang enggan namanya dikenali mendakwa didatangi remaja berkenaan sebanyak dua kali semata-mata mahu membeli ubat penahan sakit itu yang mendatangkan curiga  kepadannya.

Menurutnya lagi, dia mengenali salah seorang gadis yang berkulit putih adalah salah seorang mangsa kejadian rogol selepas melihat mangsa bersama seorang lelaki yang merupakan suspek dikejar oleh pihak polis dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.

“Memang kedai saya ada menjual ubat tahan sakit untuk keperluan penduduk kampung, tapi beberapa hari lalu remaja itu datang menaiki motosikal dengan pemuda berkenaan untuk beli dapatkan ubat terbabit dengan jumlah keseluruhan tidak lebih lima biji.

“Mereka datang sebelah pagi, kemudian datang lagi pada sebelah petang. Walaupun pelik kerana datang berulang, tapi saya tidak mengesyaki apa-apa dan tidak juga bertanya lanjut, kata peniaga kedai tersebut kepada media.

Sebelum ini, pihak polis telah mengesahkan telah menahan salah seorang mangsa kes rogol untuk disiasat selepas dipercayai telah bersubahat dalam kejadian yang menyebabkan dia dan rakannya telah dirogol oleh sekumpulan 38 orang lelaki pada 20 Mei yang lalu.

Polis juga telah mengesahkan beberapa suspek telah berjaya ditahan oleh mereka dan kini saki baki suspek kes berkenaan akan terus diburu bagi membantu menyelesaikan kes berkenaan.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor