Gadis Cina Buat Laporan Polis Dituduh Hina Umat Islam Di FB


Kuala Lumpur, 18 Jun – Seorang gadis berbangsa Cina membuat satu laporan polis berkenaan isu dia dikatakan telah menghina umat Islam dalam menyempurnakan ibadah puasa dalam satu laman sosial Facebook (FB) baru-baru ini.

Merujuk kepada isu tersebut, Esther Yeam didakwa memuatnaik status yang berbunyi, ‘My Advice to people yang akan berpuasa tidak lama nanti. Your really need to take this advice into consideration. Saya cadangkan kamu semua makan chewing gum semasa berpuasa kalau tidak buat macam itu, nafas kamu sangat berbau dan sangat menganggu orang sekitar. Sangat mengarut mengikut ajaran agama sehingga menyusahkan orang sekitar. Nonsense.”


Status yang telah dimuatnaik itu telah menimbulkan kemarahan kepada masyarakat yang beragama Islam di negara ini dan ada dikalangan pengguna di FB bertindak ‘menjejaki’ gadis ini untuk memberi kencaman berhubung isu tersebut.

Setelah dia menerima banyak kecaman dari pada pengguna di laman FB, Esther telah membuat satu laporan polis bagi membuktikan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu di laman sosial tersebut dan pihak Suruhanjaya Kementerian Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan status itu dikeluarkan oleh individu lain yang menggunakan profil palsu.

Justeru itu, Esther dalam satu status di dalam laman FB meminta agar diri dan keluarganya tidak diganggu lagi. Kebanyakkan rakan-rakan Esther dalam laman tersebut tidak turut menyatakan sokongan terhadapnya dan tidak mempercayai status yang mencetuskan kemarahan umat Islam itu di tulis oleh rakan mereka

.

Diharap laporan yang telah dibuat akan membantu pihak berkuasa menjejaki maklumat sebenar pengguna laman itu yang menggunakan profil individu lain untuk menghina agama Islam agar mendapat tindakan sewajarnya akibat perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor