Gadis Syok Diraba Teman Lelaki

Semakin teruk!!!Itu sahaja ungkapan yang dapat pihak KedahNews.com ungkapkan terhadap kebanyakkan generasi muda di negara ini yang seolah-olah  tidak lagi mementingkan harga diri dan lebih mementingkan keseronokan berbanding maruah mereka.

Semalam KedahNews.com ada berkongsi mengenai berita seorang gadis yang sanggup dibawa ke ranjang asalkan dapat menghilangkan ketagihan dengan menghidu gam.

Terbaru, seorang pelajar perempuan telah memuatnaik satu status di laman Facebooknya yang menunjukkan dia gembira apabila teman lelakinya meraba badannya dan mahu perbuatan itu dilakukan lagi selepas ini.

Gadis tersebut menulis dalam statusnya, “selepas kena raba dengan boyfriend..best je nak buat lagi”.

Selepas status ini dimuatnaik oleh gadis tersebut, pelbagai komen di terima oleh rakannya dalam laman sosial tersebut.

Apa yang lebih membimbangkan, kebanyakkan komen yang diterima semua menjurus ke arah perkara yang lebih buruk dan tidak hairanlah apabila ada segelintir kaum lelaki yang sengaja meninggalkan nombor telefon bimbit mereka kepada gadis tersebut.

Dalam fikiran KedahNews.com, tindakan gadis berkenaan seolah-olah mahu mempromosikan dirinya kepada rakan-rakan di dalam laman sosial tersebut. Tapi, adakah benar dia berniat begitu?

Jika dilihat kebanyakkan generasi muda yang terlibat dengan permasalahan seperti ini adalah golongan Melayu yang beragama Islam.Adakah ibu bapa mereka terlupa tentang ajaran agama Islam dalam mendidik anak-anak mereka?

Perkara ini semakin sukar dibendung dan KedahNews.com bimbang sekiranya ia tidak diatasi apakah nasib yang mungkin akan berlaku pada generasi yang akan datang.

Ibu bapa harus peka terhadap permasalahan ini dan kembali kepada ajaran sebenar Islam kerana anda semua setiap tindakan anak-anak bermula ketika mereka berada dirumah.

Apa yang KedahNews.com boleh katakan kepada semua ibu bapa, “anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang akan mencorakannya”. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor