Gambar Gay Terlampau Sambut Ulangtahun Pertama...

Imej songsang di atas sedang viral dan hangat tersebar di laman-laman sosial menunjukkan "sepasang" anak muda yang iras Melayu beragama Islam sedang bermesra meraikan ulangtahun pertama mereka "bersama".

Sekiranya mereka bukan beragama Islam sekalipun, KedahNews.com yakin tidak ada agama yang membenarkan hubungan songsang sebegini di dalam apa jua agama sekali pun di dunia.

Sebetulnya, budaya luar tabiat normal manusia itu selama ini dipercayai bermula dari golongan "atheist" atau tidak memiliki sebarang kepercayaan agama, dan sesetengah budaya Barat pula mengiktirafnya sebagai "hak asasi manusia".

Penularan wabak tidak bertamadun ini kini dipercayai telah menular ke Malaysia dan mungkin kedua lelaki di atas merupakan antara komuniti yang "terlepas" masuk serta mampu merosakkan generasi di negara kita.

Kerajaan dan pihak berkuasa sebelum ini cuba mengambil tindakan sewajarnya terhadap golongan ini. 

Namun, setiap kali cuba dipatahkan, maka ada pula suara-suara "sumbang" dari beberapa NGO yang kononnya mewakili "hak asasi manusia" untuk mempertahankan golongan yang sememangnya juga "sumbang" ini.

KedahNews.com mengalu-alukan komen-komen dari kalangan pembaca untuk mencadangkan kaedah untuk menangani aktiviti songsang yang ditegah sama sekali dari sudut Islam ini. Apa kata anda?