Gambar: Zizan, Emma Maembong Sedondon Di Jepun!

Sekeping gambar pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak dan kekasihnya, Emma Maembong di Jepun sudah cukup menjelaskan bahawa pasangan selebriti itu sangat bahagia di antara satu sama lain.

Berpakaian sedondon ketika dirakam secara selfie oleh salah seorang krew penggambaran produksi bagi sebuah rancangan televisyen, Zizan dan Emma melaram habis di Tateyama yang terletak di negara Matahari Terbit tersebut.

Pun begitu, Zizan dan Emma diyakini masih lagi sedar batas-batas ketimuran ketika berada di sana ekoran pihak media belum dapat merakam gambar berdua mereka yang tidak senonoh sebagaimana sesetengah selebriti lain.

Berikut, KedahNews.com kongsikan sekeping gambar Zizan bersama Emma seperti yang dimaksudkan dan beberapa keping gambar kekasih Zizan itu secara solo yang kami perolehi dari laman Instagram Emma Maembong... -KedahNews.com