Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.00 tengahari,
pelajar berkenaan mendakwa dirinya telah diculik oleh sekumpulan lima lelaki
bertopeng selepas tamat waktu persekolahan di sini, sebelum dia dibawa ke
sebuah perumahan di Klang, Selangor dengan mengunakkan sebuah kereta.
Bagaimanapun, tembelang remaja itu terbongkar apabila dia
ditemani keluarganya membuat satu laporan di Balai Polis Kl Sentral, di sini
berhubung kejadian yang berlaku.
“Hasil siasatan polis mendapati pelajar itu berbohong serta
membuat laporan palsu.
"Pelajar itu memberitahu keluarganya dia diculik dengan harapan keluarganya bersimpati seterusnya membelikan telefon pintar seperti dihadiahkan kepada abangnya,” kata seorang anggota polis ketika mengulas kejadian tersebut.

Menurut sumber polis, pelajar berkenaan sudah merancang
untuk melakukan tindakan tersebut sejak beberapa hari sebelum kejadian dan dia
dikatakan hanya pergi ke rumah rakannya di Klang pada hari tersebut.
Ketua
Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan mengenai kes berkenaan dan
pihaknya tidak mengambil sebarang tindakan susulan di atas laporan itu kerana
ia adalah laporan palsu. – KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor