Gay Tua Terselindung Di Sebalik Insiden Remaja OKU Terbiar...

Di sebalik insiden remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui terbiar di Flat Taman Semarak baru-baru ini, ramai yang tidak tahu mengenai satu lagi penemuan yang menggemparkan umat Islam di Malaysia.

Dalam Ops 6p pada Sabtu lalu, seorang warga Kanada berusia 50 tahun telah ditahan bersendirian oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di rumah berkenaan kerana kesalahan tinggal lebih masa di negara ini.

Apa yang "istimewa"nya dengan penemuan lelaki asing tua itu?

Menurut sumber, lelaki asing tua itu dilaporkan tinggal bersama seorang lelaki warga tempatan yang hanya dikenali sebagai Zul, 45, sejak 20 tahun yang lalu di flat berkenaan.

Lebih mengejutkan, Zul selamba mengaku bahawa dia dan lelaki Kanada itu merupakan pasangan gay dan mengamalkan hubungan songsang itu sejak berpuluh tahun lamanya.

Menyedihkan, lelaki warga tempatan itu juga tanpa rasa bersalah menyatakan bahawa dia hanya beragama Islam "di atas kertas" sahaja dan hidup bersama pasangannya itu dengan memelihara seekor anjing.

"Agama saya cuma atas kertas, saya tidak kisah", kata Zul ketika "kantoi" dalam operasi membasmi pendatang asing tidak sah di ibu negara.

Lelaki warga Kanada itu ditahan pada Sabtu lalu, namun Jabatan Imigresen berkunjung semula ke rumah berkenaan baru-baru ini bagi mengesan maklumat yang boleh membantu siasatan berhubung warga Kanada itu sebelum menemui Zul, sekali gus membongkar kehidupan terlarang mereka.

Menurut myMetro,  Zul mendedahkan bahawa dia telah berkenalan dengan warga Kanada terbabit pada 1990 dan sejak itu, dia tidak lagi mementingkan kehidupan beragama dan jauh lari dari landasan Islam.

Mungkinkah Wardina Safiyya berminat untuk memberi komen mengenai Zul dan lelaki Kanada yang menjalani kehidupan songsang seterusnya sekali lagi menyalahkan pihak kerajaan dalam insiden mengejutkan ini? -KedahNews.com