Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan terdapat
usaha di bawah Kementerian Pendidikan untuk mengindoktrinasikan guru
supaya menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).
Muhyiddin
dalam jawapan bertulisnya kepada soalan tambahan Zainuddin Ismail
(BN-Jelebu) semasa sesi soal jawab berkata, profesion guru merupakan
kedudukan yang seharunys dihormati di dalam masyarakat dan guru adalah
profesional dalam menjalankan tugasnya.
"Saya
tidak fikir terdapat keperluan untuk menyakinkan mereka supaya
menyokong Barisan, dan seperti penjawat awam yang laib, mereka akan
terus menggalas tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak kita dan
pelajar-pelajar," katanya yang juga Menteri Pendidikan.
Zainuddin
meminta Kementerian Pendidikan untuk memberikan penjelasan adakah benar
terdapat inisiatif yang diambil oleh Kementerian Pendidikan
untuk mengindoktrinasikan guru supaya menyokong Kerajaan Persekutuan di
bawah pimpinan Barisan Nasional.