Kuala Lumpur, 23 Jun – Pelakon,
Hanez Suraya akui telah memutuskan hubungan dengan kekasihnya, Romie
Razin Adilha kerana tertekan akibat dicemuh oleh segelintir peminat yang
menganggap dia sebagai perosak rumahtangga pasangannya itu.
Sebelum ini, hubungan cintanya
bersama Romie yang masih bergelar suami orang mencetuskan kontrolversi hangat
apabila isteri kekasihnya itu, Nur Liyana Manan menuduh Hanez sebagai orang
ketiga yang menyebabkan mereka untuk bercerai.
Walaupun dia dan Romie pernah
mengadakan sidang media khas bagi memperjelaskan keadaan sebenar yang
membuktikan proses penceraian kekasihnya itu telah difailkan sebelum mereka
menjalinkan hubungan cinta masih tidak dapat diterima oleh masyarakat yang
terus menuduh Hanez sebagai seorang perampas.
Tindakan untuk mengorbankan
perasaan cintanya terhadap Romie dibuat selepas dia berasa ini adalah satu jalan
terakhir untuk membuktikan kepada masyarakat dia tidak bersalah walaupun pernah
memohon maaf secara terbuka di dalam laman Instagram terhadap isu yang terjadi
dan berharap semua pihak akan gembira dengan keputusan ini.
“Saya tidak mampu berbuat
apa-apa. Bayangkan setiap kali isu penceraian Romie dan Liyana dibangkitkan,
nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi
alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan.
“Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak
faham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegaskan apa juga masalah
yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya,” katanya.
Menurut Hanez, sekiranya perhubungan Romie dan Liyana masih
dapat diselamatkan, dia merupakan insan paling gembira jika mendapat
perkhabaran sebegitu.
Hanez berharap pengakuan ini dapat menjelaskan keadaan
sebenar yang berlaku dan sekiranya namanya terus dikaitkan dalam isu penceraian
Romie dan Liyana lagi, dia menggangap dirinya tidak ubah seperti kambing hitam
dalam menyelesai pemasalah yang berlaku antara pasangan ini.
“Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah
dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma saya minta apa juga masalah,
selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya.
“Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku dan ia sangat tidak bagus,” katanya lagi. –Kedahnews.com/Mohd Shahir Shukor
“Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku dan ia sangat tidak bagus,” katanya lagi. –Kedahnews.com/Mohd Shahir Shukor