Teater Projek Kahwin mula dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya
pada 6 Jun lalu. Namun beberapa minggu sebelum ini, timbul cerita
kurang enak membabitkan pelakon utamanya iaitu Hanez Suraya dan Shah
Iskandar.
Shah Iskandar yang baru-baru ini merangkul anugerah Pelakon Drama
Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH 2013 didakwa menyelar pihak
produksi kerana mengekalkan Hanez sebagai pelakon.
Kononnya pelakon kelahiran Singapura itu bimbang kehadiran Hanez akan
menyebabkan orang ramai tidak berminat menyaksikan pementasan terbabit.
Dakwaan itu seakan-akan memberi gambaran wujud situasi kurang menyenangkan di antara Hanez dan Shah.

Hanez atau nama penuhnya Hanez Suraya Abd Aziz sewaktu dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengakui beberapa kali mendengar desas-desus berkenan.
“Sudah ramai bertanya dan setahu saya, ini kali kedua isu Shah tidak
mahu saya terbabit dalam Projek Kahwin kerana bimbang tidak mendapat
sambutan tersebar menerusi portal hiburan dan laman sosial.
“Kali pertama isu berkenaan tersebar, saya anggap ia gosip biasa tetapi apabila ia diperkatakan buat kali kedua, terasa bagaikan ada yang tidak kena.
“Saya terkejut apabila rakan media bertanya perkara sama sekali lagi. Terdetik di hati, mengapa harus jadi begini sedangkan pementasan sudah bermula.
“Sebelum ini saya dan Shah selalu bekerjasama dan menganggapnya sebagai kawan. Apabila ada pihak cuba kaitkan hal peribadi dengan kerja, pada saya ia tidak perlu diulas,” katanya.
Hanez menegaskan, dia keliru apabila isu berkenaan dibangkitkan sekali lagi kerana sepanjang mereka bertemu di sesi latihan, Shah tidak pernah buka mulut mengenai perkara itu.
“Jika ada salah faham berlaku antara kami sebelum ini atau ketika sesi latihan, lebih baik tuan punya badan bersemuka saya dan bertanya sendiri. Jika perkara ini tidak benar, kenapa pula ada isu mengaitkan namanya.
“Perkara ini tidak akan timbul jika tidak ada orang buka mulut. Saya pun tidak bertanya kepadanya kerana bimbang disalah erti. Ketika sesi latihan saya tumpukan sepenuh perhatian, malah soal peribadi bagi saya tidak perlu dibawa ke tempat kerja,” katanya.
Hanez turut mendedahkan, dia berkecil hati dengan dakwaan itu kerana sepanjang sebulan sesi latihan, semua artis yang terbabit dengan pementasan memberi kerjasama baik.
Pihak penerbitan dan Istana Budaya mahu mengekalkan dirinya sebagai antara pelakon utama dan semua orang faham perkara itu.
“Sewaktu isu peribadi saya kecoh diperkatakan, saya secara suka rela menarik diri kerana tidak mahu produksi dan rakan artis lain terima tempias.
“Namun pihak Istana Budaya tetap mahukan saya. Ketika itu artis lain tidak pula menyuarakan perasaan tidak puas hati, jadi mengapa isu ini tiba-tiba timbul,” katanya.
Tambah Hanez, meskipun terkilan dengan isu berkenaan, masih ada sinar buatnya apabila difahamkan pada hari persembahannya iaitu 12 hingga 14 Jun, jualan tiket sangat memberangsangkan, termasuk tiket platinum berharga RM230.
Shah pula sewaktu ditemui menjelaskan, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti dilaporkan kebanyakan portal hiburan dan laman sosial.
“Apabila Hanez dikekalkan, saya sangat gembira kerana kami sudah lama kenal. Saya terima tawaran beraksi dalam pementasan ini pun sebab kawan.
“Saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini. Saya tidak pernah mendengar atau membaca membabitkan kenyataan mengaitkan nama saya.
“Saya tidak mahu komen pembabitan Hanez dalam Projek Kahwin mahupun isu peribadinya. Saya tidak pernah bercakap mengenai perkara ini, malah Hanez tidak pernah membangkit–kannya sepanjang kami bekerjasama menjayakan Projek Kahwin,” katanya.
Selain Hanez dan Shah Iskandar, Projek Kahwin dijayakan Sherry Alhadad, Zulin Aziz, Kaka Azraf dan Kila Fairy. -MyMetro