Tidak dinafikan Malaysia sebuah negara Islam yang
terkenal sebagai syurga makanan. Pelbagai jenis makanan dari seluruh
pelosok dunia mudah didapati.
Bahkan, restoran yang menyajikan kepelbagaian menu antarabangsa tumbuh bagai cendawan dan berlumba-lumba mencipta kelainan dalam menarik pengunjung mengunjungi premis mereka.
Restoran Ala Thai, ala Jepun, Cina Muslim, ala Cina dan tidak ketinggalan restoran mamak menjadi pilihan pengunjung pelbagai kaun dan menjadi fenomena dalam industri pemakanan negara.
Namun, bagi menghadapi persaingan perniagaan dan menarik ramai pengunjung, terdapat segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan menimbulkan kekeliruan kepada pengguna Islam dalam status halal sajian makanan dengan dekorasi restoran menunjukkan restoran halal dan tidak kurang menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf Jakim.

Terdapat segelintir pihak yang cuba menumpang dan mengaut keuntungan
daripada populariti restoran mamak yang diusahakan golongan India Muslim
dengan meniru kriteria kedai makan berkenaan biarpun status halalnya
diragui.
Pengusaha restoran bukan Islam cuba mengaburi mata pelanggan dengan meletakkan ayat-ayat al-Quran, gambar masjid dan menggunakan khidmat pelayan warga asing berkopiah bagi lelaki dan bertudung bagi perempuan.
Diakui, terlalu banyak cabaran dan kekeliruan bagi pengunjung Islam membuat pilihan pemilihan restoran halal jika tiada penegasan soal halal dan haram diutamakan dan mungkin ia akan terus menjadi permasalahan sekiranya tiada jalan yang tuntas dalam membuka penyelesaiannya.
Bagaimanapun berdepan beberapa insiden kekeliruan dalam produk makanan dan restoran menjadi cabaran kepada Jakim untuk meyakinkan pengguna terutama Muslim.

Sumber: SH