Alor Setar - DAP Kedah membidas DAP Pusat dan beberapa pemimpin Pusat DAP supaya "cermin diri sendiri" sebelum menuduh pihak lain atas kekalahan parti itu pada Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan baru-baru ini.
Katanya, DAP tidak sepatutnya menuding jari pada PAS atau hukum hudud ekoran kekalahan yang memalukan parti itu.
"Inilah akibat campur tangan dari pihak atasan..jangan la nak tuding jari pada pihak lain.. tentang hudud la.. tentang ini la.. jangan salahkan orang lain, ambil cermin tengok sendiri dulu," katanya menghentam tindakan DAP Pusat yang disifatkan "autokratik" ber"kuku besi" itu.
Guan Aik menegaskan bahawa punca kekalahan DAP di PRK Teluk Intan adalah disebabkan oleh campur tangan dari para pemimpin DAP di peringkat Pusat
terhadap kepimpinan parti tersebut di peringkat negeri.
Selain itu,Pengerusi DAP Kedah itu juga mendedahkan sikap biadap dan tidak hormat kepimpinan DAP Pusat terhadap akar umbi itu bukan hanya berlaku di negeri Kedah, bahkan turut dialami di kepimpinan DAP di peringkat negeri-negeri lain.
"Ini adalah disebabkan oleh campur tangan DAP Pusat di dalam hal ehwal parti di peringkat negeri, dan saya percaya bukan hanya berlaku di Kedah. Ini berlaku di Pulau Pinang, berlaku di Melaka, berlaku di Johor dan sekarang berlaku di negeri Perak.
"Kalau tidak DAP takkan kalah di Teluk Intan begitu teruk," katanya merujuk pada kekalahan DAP di Teluk Intan.
Tegasnya, sikap kepimpinan DAP Pusat itu dijangka akan menimbulkan krisis keyakinan akar umbi terhadap parti tersebut yang jelas tidak mengamalkan demokrasi.
Selain itu beliau turut mempersoal tindakan campur tangan DAP Pusat terhadap kepimpinan DAP Kedah dan di negeri-negeri lain yang disifatkan sebagai tidak demokratik.
"Adakah DAP layak digelar sebagai 'Democatic" Action Parti?", katanya mempertikaikan sikap partinya yang disifatkan bertindak autokratik sekaligus bertentangan dengan konsep demokrasi. -KedahNews.com