Ipoh – Seorang ibu menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas
bekas suaminya yang gagal mematuhi perintah mahkamah supaya menyerahkan
anak perempuan mereka, Prasana Diksa, 6, kepadanya.
Indira Ghandi, 39, berkata, tindakan bekas suaminya, Mohd Ridzuan Abdullah itu satu kesalahan dan menghina mahkamah.
“Sampai sekarang sekarang saya masih belum dapat berjumpa dengan anak saya walaupun mahkamah memutuskan hak penjagaannya kepada saya.
“Saya harap pihak berkuasa melihat perkara ini dengan lebih serius kerana melibatkan perintah mahkamah," katanya pada sidang media di sini, kelmarin.
Hadir sama, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan peguam, N Selvam.
Indira berkata, Mohd Ridzuan tidak hadir ke mahkamah bersama anak bongsunya itu dengan alasan keselamatan dan susulan itu dia memfailkan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas suaminya itu.

Sebelum ini, Indira juga mendapat perintah mahkamah untuk mendakwa Mohd
Rizduan kerana menghina mahkamah berikutan keengganannya menyerahkan
Prasana walaupun dia memenangi hak penjagaan kanak-kanak itu termasuk
dua adik-beradiknya yang lain pada 2011.
Difahamkan, dua lagi anak pasangan itu, Tevi Darsiny, 17, dan Karan Dinish, 16, tinggal bersama Indira di Ipoh.
Pada 29 Oktober 2009, Mahkamah Syariah membuat keputusan menyerahkan hak penjagaan tiga anak pasangan itu, Tevi Darsiny, Karan Dinesh dan Prasana Diksa yang ketika itu berusia setahun kepada Mohd Ridzuan.
Bagaimanapun, pada 11 Mac 2010, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim mengarahkan hak penjagaan berkenaan diberikan pula kepada Indira.
Difahamkan, Mohd Ridzuan bagaimanapun hanya mengembalikan anak pertama dan kedua kepada Indira tetapi enggan menyerahkan Prasana sehingga hari ini.

Indira berkahwin dengan Mohd Rizduan yang nama asalnya K Patmanathan 20 tahun lalu mengikut upacara agama Hindu.
Bagaimanapun setelah memeluk Islam pada 11 Mac 2009, Mohd Ridzuan bertindak menukar agama anak-anaknya kepada Islam tanpa pengetahuan Indira.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya ada menerima surat daripada Persatuan Hindu Sangam berkaitan isu perebutan hak penjagaan anak Indira.
Menurutnya, mereka akan menyelaraskan tindakan bersama beberapa kontinjen lain berhubung perkara tersebut.
“Kontinjen lain juga sudah terima surat perintah Mahkamah Tinggi Ipoh dan setakat ini, kami masih dalam proses selaraskan dan tindakan akan diambil dalam tempoh terdekat,” katanya.
Sumber: Sinar Harian