Indentiti Lelaki Cina Hina Islam Berjaya Didedahkan


Seorang lelaki berketurunan Cina yang sebelum ini lantang menghina umat Islam dalam akaun Facebooknya (FB) telah berjaya didedahkan indentitinya oleh pengguna laman Facebook yang lain.

Menurut sumber yang KedahNews.com perolehi, lelaki yang menggunakan nama Chow Jack dalam akaun Facebooknya itu dipercayai tinggal negeri Perak itu dan berusia 24 tahun.

Tindakan yang memuatnaik dua status yang secara terang-terangan menghina umat Islam di negara ini boleh pihak KedahNews.com sebagai satu perbuatan yang amat biadap.

Dalam status yang berbunyi, Selamat menyambut hari syaitan aidilfitri pada 28 July 2014 dan sebulan puasa makan babi pada 28 Jun 2014 – 27 July 2014 selamat menyambut hari syaitan daripada Facebook Malaysia makan bak kut teh bersama nabi mohd syaitan pukimak anjing syaitan” jelas menunjukkan dia telah meghina golongan umat islam di negara ini yang bakal menyambut bulan ramadhan dan aidilfitri tidak lama lagi.


Status yang telah dimuatnaik pada 1 Jun yang lalu jelas mendapat kecaman daripada ramai pengguna laman sosial berkenaan yang menganggap tindakan Chow Jack ini amat keterlaluan dan berharap pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dapat menyiasat mengenali latar belakang lelaki Cina ini supaya tindakan undang-undang dapat diambil berhubung penghinaan yang dilakukannya terhadap masyarakat beragama Islam di negara ini.

Selain itu, Chow Jack juga telah memuatnaik satu lagi status yang berbunyi, “BAZAAR RAMADHAN TAHUN 2014 ADALAH LESEN TAK AKAN KELUAR SEBAB MAKANAN BAZAAR RAMADHAN TAHUN INI ADA DNA BABI DI MAKANAN NASI KANDAR, ASAM LAKSA, AYAM PERCIK, AYAM GORENG, MI GORENG. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TELAH ARAHKAN PIHAK DBKL, MPPJ, MBK SEMUA TAK BOLEH KELUAR PERMIT LESEN SEMENTARA UNTUK PERNIAGA TAHUN INI. SILA SHARE KPD BERITA INI KPD FACEBOOK’S FRIENDS” yang seolah-olah mencabar pihak berkuasa selain memfitnah Kementrian Kesihatan berhubung status yang telah dimuatnaik olehnya.


Tindakan ini mempunyai persamaan dengan kes yang dilaporkan pada tahun lepas dimana pasangan berketurun Cina,  Alvin dan Vivian pernah melakukan perbuatan  sama pada tahun lepas yang menyebabkan mereka telah didakwa atas kesalahan tersebut.

Akibat daripada tindakan lelaki itu, indentitinya telah disebarkan kepada umum oleh pengguna laman Facebook yang lain. Dalam dunia yang serba canggih ini, amat mudah untuk pengguna yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat (IT) untuk mengenal pasti indentiti pengguna yang lain.

Adakah benar lelaki yang didedahkan ini memang terlibat dengan status yang telah dimuatnaik sehingga mendatangkan kemarahan kepada pengguna Facebook yang beragama Islam ataupun indentitinya telah disalah guna oleh orang yang sebelum ini pernah menghina agama Islam dalam perbuatan yang sama, pihak KedahNews.com tak dapat huraikan dengan terperinci..
Apa yang KedahNews.com harapkan pihak bertanggungjawab terutamanya pihak SKMM dapat menyiasat mengenai kejadian yang berlaku kerana ia dilihat akan mencetuskan pergaduhan antara kaum di negara ini.
Kepada mereka yang berniat untuk melakukan perkara yang sama di harap dapat berfikir  kembali kerana perbuatan ini pasti akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap anda. -KedahNews.com /Mohd Shahir Shukor