Inilah Gambar Perkahwinan Kedua Bade & Madu Erma Fatima...

Baru-baru ini timbul cerita mengenai pengarah dan pelakon diva terkenal, Erma Fatima, yang ditakdirkan hidup bermadu setelah suaminya, Bade Hj Azmi, dilaporkan bernikah dengan seorang gadis, Aida Abdul.

Sebetulnya, Erma awal-awal lagi memaklumkan bahawa perkahwinan Bade itu mendapat restu serta persetujuan darinya yang dikatakan sering sebok dengan komitmen kerjaya dan kini dia sedang berada di Sepanyol atas tujuan tugasan kerja.

Pun begitu, KedahNews.com pasti ramai peminat yang ingin melihat wajah gadis yang berjaya "mencuri" hati Bade untuk dijadikan suri keduanya itu.

Di sini kami kongsikan gambar majlis persandingan Bade dan Aida yang turut dihadiri rakan baik Bade, pelakon Datuk Rosyam Noor dan isterinya, Datin Runika Mohd Yusof. 

Harap semua peminat berpuas hati dan mendoakan yang terbaik buat Bade, Erma dan Aida. - KedahNews.com