Petaling Jaya - Seorang
bapa memberi inspirasi kepada keempat-empat anaknya untuk menjadi
doktor dengan menanamkan minat dalam bidang perubatan. Selepas kesemua
anaknya bergelar doktor, barulah beliau meneruskan pengajiannya di
sekolah perubatan.
Hari
ini pada usianya 59 tahun, beliau adalah Dr Chew Eng Khuan, graduan
yang paling tua dari Sekolah Perubatan di Angeles University Foundation
yang ditubuhkan pada 1984 di Filipina.
Bapa
tunggal itu membuat simpanan yang mencukupi untuk anak-anak lelakinya
dapat belajar dalam bidang perubatan. Bagaimanapun, ketiga-tiga anaknya
menerima biasiswa.
Jadi,
lima tahun lalu, seorang bekas pensyarah pergi ke Filipina untuk
melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, menggunakan peruntukan
kewangan yang tidak digunakan oleh anak-anaknya.
"Saya
amat berterima kasih kepada anak-anak saya kerana belajar dengan
bersungguh-sungguh, dan mereka menggunakan kewangan sendiri untuk
pendidikan mereka," katanya.
Beliau menerima ijazah perubatan pada 22 April lalu.
Chew
dibesarkan di sebuah kampung di Sungai Petani, Kedah. Kedua-dua ibu
bapa angkatnya merupakan imigran yang miskin dari China tetapi mereka
memahami mengenai betapa pentingnya pendidikan itu.
"Saya seorang bayi yang ditinggalkan, bayangkan tidak mempunyai nama dalam sijil kelahiran," katanya.
"Kesemuanya
sudah berubah. Saya bersyukur kerana menjadi apa yang saya sekarang,"
kata Chew, yang mempunyai Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan,
Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Biokimia dan Kimia, dan Diploma dalam
Pengurusan Latihan.
Walaupun
mencatatkan keputusan cemerlang dalam MCE (kini SPM), beliau ditawarkan
untuk belajar dalam bidang sains di Universiti Malaya, dan bukannya
perubatan.
Walaupun kecewa, beliau bagaimanapun tidak berputus asa.
"Saya sedar sekiranya saya mahu menjadi seorang yang berjaya, saya perlu melakukannya sendiri.
"Dalam hidup ini, terdapat banyak cabaran. Bagaimana anda melihatnya dan menanganinya adalah penting," katanya.
Chew
kemudiannya menjadi seorang pensyarah pada usianya 37 tahun kerana
beliau mahu menghabiskan lebih masa bersama keluarga dan tidak menyesal
mengorbankan kerjaya korporatnya yang memberikan keuntungan, demi
membesarkan anak-anaknya.
Menariknya, anak menantu perempuan Chew juga merupakan seorang doktor.
"Anak-anak
lelaki saya menasihatkan saya supaya tidak mengikuti program perubatan
kerana saya. Saya berharap saya boleh mendapat biasiswa untuk
melanjurkan pelajar ke peringkat dok
Anak
saya menasihati saya daripada berbuat program housemanship kerana usia
saya. Saya berharap saya boleh mendapatkan biasiswa untuk melakukan
ijazah kedoktoran dalam pengurusan penjagaan kesihatan di luar negata,"
katanya sambil menambah bahawa menubuhkan sebuah klinik keluarga Chew
merupakan impiannya suatu hari nanti.
Anak-anaknya
Chang Eek, 31, Chang Chuan, 28, Chang Feng, 25, dan Chang Fu, 23,
masing-masing di Kedah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Rusia.
Sumber: Mstar