Instagram Cecah Sejuta, Nora Danish Janji Sesuatu Yang Istimewa Buat Peminat!

Siapa sangka gadis iklan aiskrim Conetto ini mampu menjadi artis paling popular dan berpengaruh di laman sosial Instagram apabila berjaya mengumpul seramai 830,000 peminat.

Pun begitu, Nora Danish yang kini berstatus janda anak satu itu masih tidak puas dan berhasrat untuk mengumpul sejuta peminat di laman sosial tersebut.

Menerusi satu temubual bersama sebuah media hiburan, H! Live, baru-baru ini, Nora telah berjanji untuk memberikan sesuatu yang istimewa kepada peminatnya jika laman Instagramnya mencecah ke angka sejuta peminat!

Katanya, ia merupakan pemberian yang menjelaskan betapa Nora menghargai para peminat yang sering menyokong dan mendorong dirinya agar lebih tabah serta berjaya di dalam industri hiburan tanahair.

Mengulas mengenai bentuk "sesuatu yang istimewa" buat para peminatnya itu, Nora membayangkan bahawa berkemungkinan dia akan memakai papantanda yang tertulis ucapan penghargaan pada peminatnya atau mungkin juga dia akan menari untuk tatapan semua.

Jadi, kepada para peminat yang mahu melihat Nora menari untuk mereka, sila klik butang "follow" di laman instagram miliknya. Tapi jangan lupa daftar dulu akaun instagram atau klik "follow" anda itu mungkin tidak akan dikira... - KedahNews.com