Itu Bukan Akaun WeChat Suami Saya – Ayu Raudah



Johor Bharu, 9 Jun – Pelakon terkenal, Ayu Raudah menafikan akaun WeChat yang tersebar mengenai perbualan suaminya, Zaquan Adha bersama seorang gadis adalah bukan akaun sebenar milik penyerang Johor Darul Takzim (JDT) itu.

Dalam satu kenyataan balas yang di buat oleh pelakon tersebut, Ayu mengesahkan penyebaran screen shot itu merupakan satu fitnah kerana dia tahu akaun WeChat sebenar suaminya.

“Sebenarnya saya dah terima foto  screen shot itu semalam dari wanita bernama Miranda Kerr. Dia kata kawan dia yang sering berbalas mesej dengan suami saya, So dia rasa bertanggungjawab nak beritahu saya. Tapi saya terkejut bila hari ini semua media pula tahu.

“Cuma saya nak jelaskan bahawa itu bukan WeChat ID Zaquan. Malah Zaquan menggunakan gambar lain pada aplikasi WeChat dan saya tahu akaun WeChat Zaquan,” jelasnya ketika meberi penjelaslan kepada media.

Menurut Ayu, dia dan suaminya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap perkara yang berlaku kerana ini telah menjejaskan hubungan rumah tangga mereka. -KedahNews.com