Jersi Terbaru Real Madrid Warna Pink "ala-ala Puteri UMNO"...

Untuk musim La Liga akan datang, pasukan bola sepak Real Madrid bakal mengenakan jersi berwarna pink untuk setiap perlawanan ‘away’ mereka.

Untuk jersi pertama mereka, Real Madrid masih lagi mengenakan jersi berwarna putih dengan garisan berwarna merah jambu.

Sebelum ini, pemain bintang Real Madrid, Gareth Bale dan Iker Casillas muncul terlebih dahulu dalam video pengenalan kepada kemunculan jersi tersebut dan ramai sudah menjangkakan warna jersi baharu mereka berdasarkan iklan terbabit.

Jadi, buat peminat setia Real Madrid, jika sebelum ini anda kurang yakin memakai pakaian berwarna kerana takut diejek, selepas ini anda akan ada alasan yang munasabahlah untuk memakai pakaian berwarna pink selepas ini! Tak gitu?

Sumber: Mynewshub.my