Kota Bharu - Demam bola sepak kini bermula. Dua hari
lagi tumpuan penduduk dunia terarah ke kaca televisyen mengikuti jaguh
bola sepak dunia beraksi.
Sukan berprestij tinggi itu hanya muncul empat tahun sekali. Maka tidak hairanlah semua orang berteka teki memilih pasukan diminati sebagai juara Piala Dunia musim 2014.
Kalau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memilih pasukan Sepanyol dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenan dengan England, sebaliknya Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pula meminati Brazil.

“Saya
menyokong pasukan Brazil dan berpotensi untuk muncul sebagai juara
kerana sebagai tuan rumah. Kelebihan itu memberi peluang kepada Brazil.
“Lagi pun negara gergasi bola sepak dunia itu sudah acap kali menjulang Piala Dunia sebelum ini," ujarnya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Bola sepak Piala Dunia akan bermula 13 Jun dengan menyaksikan pasukan tuan rumah akan berentap dengan Crotia di Soa Paulo.
Manakala perlawanan akhir pula dijadualkan pada 14 Julai hadapan akan dilangsungkan di Estadio de Maracana Rio de Jeneiro.
Banyak pihak juga meramalkan Brazil muncul sebagai juara. Bagaimanapun tidak kurang juga memilih Sepanyol, Itali, Jerman dan Belanda.

Sumber: Harakahdaily