Joe Flizzow Terlibat Dengan Parti Seks?


Beberapa keping foto yang dimuatnaik menunjukkan penyanyi hip-hop, Joe Flizzow memakai baju tertera perkataan ‘jantan’ bersama rakan-rakannya yang turut memakai pakaian tertera perkataan k**e mula tersebar di laman-laman sosial.

Gambar itu diperolehi menerusi satu laman sosial Instagram ‘Inparliament’, namun akaun tersebut tidak berjaya ditemui oleh wartawan MyNewsHub.

Menurut sumber, berkemungkinan akaun itu telah ditutup atau mungkin juga ia hanya untuk individu tertentu sahaja.

Apa yang menarik minat KedahNews.com adalah gambar-gambar yang mula menjadi viral dikalangan pengguna laman sosial ialah maksud dari setiap perkataan yang tertera di baju-baju yang di pakai oleh Joe Flizzow dan rakan-rakan yang lain.

Selain perkataan ‘jantan’ yang di pakai oleh penyanyi itu, kelihatan seorang lelaki lain yang berselfie bersamanya seorang rakannya turut memakai baju yang tertera perkataan ‘pelacur’.

Motif Perkataan Lucah Pada Baju Joe Flizzow Dan Rakan-Rakan?

Adakah gambar-gambar yang dimuatnaik ini diambil dalam satu parti seks yang sebelum ini dihebohkan di laman-laman sosial ketika ini ataupun ia hanya sekadar kebetulan semata-mata?

Pihak KedahNews.com tidak dapat mengesahkan mengenai penjelasan sebenar gambar-gambar yang telah dimuatnaik sama ada ia hanya sekadar gambar Joe Flizzow berselfie bersama peminat atau pun dia memang merupakan salah seorang pengunjung parti berkenaan.

Diharap dengan gambar yang sudah mula tersebar ini, Joe Flizzow akan tampil memberi penjelasan sebenar mengenai perkara yang dilihat menjejaskan reputasinya sebagai seorang artis terkenal di Malaysia.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor