Johan Dan Kaka Mahu Buat Laporan Polis Terhadap Zizan?


Tindakan pelawak dan pelakon, Zizan Razak membekukan akaun syarikatnya, Wirefame Entertaiment Sdn Bhd (WFE) telah menimbulkan kemarahan dua orang artis dibawah naungannya, Johan As’ari dan Kaka kerana sehingga kini mereka tidak menerima apa-apa bayaran sejak bulan Mei yang lalu.

Mereka menganggap tindakan itu seolah-olah satu penindasan terhadap artis yang berada dibawah naungan syarikat milik pelawak terkenal itu.

Menurut Johan, disebabkan masalah itu dia tidak mampu membantu membayar bil perubatan yang dilakukan oleh ibunya di sebuah hospital.

Sementara itu, Kaka yang sering tampil berduet bersama Zizan berkata, pihak syarikat terutamanya Zizan sendiri perlu berbincang terlebih dahulu dengan mereka sebelum membekukan akaun syarikatnya kerana ini akan menjejaskan pendapatan sara hidup mereka.

“Sepatutnya Zizan berbincang dengan kami termasuk pekerja syarikat sebelum membuat tindakan itu. Sekarang kami yang menjadi mangsa tindakan Zizan sendiri,” kata Kaka.

Difahamkan Johan dan Kaka akan membuat laporan polis disebabkan ketidakpuasan hati mereka terhadap tindakan yang dilakukan oleh Zizan.

Daripada sumber yang KedahNews.com perolehi, Zizan bertindak membekukan akaun syarikat disebabkan berhadapan masalah dengan rakan kongsinya, Marina Juki.

Sehingga kini KedahNews.com tidak dapat mengesahkan mengenai perkara ini kerana menurut sumber Zizan kini berada di Jepun untuk menjalani pengambaran bagi sebuah program travelogue. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor