Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil inisiatif menyediakan kaunter bergerak 1JPJ semasa mengadakan sekatan jalan raya.
Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata langkah yang dilakukan ini bagi memudahkan orang ramai untuk membayar saman dan memperbaharu lesen memandu tanpa perlu ke pejabat JPJ.
"Biasanya ketika ditahan ada segelintir pemandu tidak menyedari lesen memandu serta cukai jalan mereka tamat tempoh dan sebagainya jadi kita sediakan kaunter bergerak 1JPJ untuk menyelesaikan masalah mereka ditempat operasi," katanya kepada pemberita di sini.
Katanya alternatif yang dilakukan ini juga dapat membantu orang ramai yang tidak mempuyai masa untuk melakukan urusan dengan JPJ ekoran kekangan waktu dan sebagainya.
Kaunter bergerak itu mula diperkenalkan sejak Mac lepas dan sebanyak 1,885 transaksi telah dilakukan, katanya.
Abdul Rahman berkata, pihaknya memperluaskan lagi penggunaan kaunter 1JPJ ini di lokasi operasi setelah mendapat sambutan yang menggalakkan di tempat tumpuan awam seperti pasar serta tapak karnival.
"Ini merupakan percubaan kedua kami untuk membawa kaunter 1JPJ ini di lokasi sekatan jalan raya dan ia dapat membantu orang ramai melancarkan urusan mereka," katanya.
Dalam perkembangan lain Abdul Rahman berkata pihaknya juga optimis dalam membendung kegiatan merempit di negeri ini dengan giat menjalankan operasi membanteras kegiatan ini terutamanya pada hari Jumaat dan Sabtu.
Beliau berkata, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini pihaknya telah memeriksa 855 motorsikal dan 188 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. - Bernama