Seperti yang diketahui ramai, bekas model Playboy, Felixia Yeap bakal mengucap dua kalimah syahadah pada 5 Ramadan iaitu pada 3 Julai ini.
Jika diperhatikan penghijrahan Felicia memeluk agama Islam seakan menjadi topik hangat di kalangan masyarakat Malaysia.
Sampaikan ada pihak yang mula mengkritik terlalu banyak liputan media
yang diberikan kepada Felixia sejak dari mula imejnya yang seksi
berubah 100 peratus ke imej wanita Muslimah.
Pengguna Facebook, Juli Jalaludin, seorang murtad yang pernah
didedahkan kisahnya menerusi akhbar tempatan baru-baru ini, menempelak
sesetengah pihak yang terlalu meraikan orang Islam baru seperti Felixia,
sedangkan orang yang keluar agama Islam pula diugut bunuh seperti mana
yang diterimanya sebelum ini.
Juli juga turut mempertikaikan double standards yang diamalkan oleh sesetengah pihak ini.
Selepas perkongsian tersebut, status yang ditulis Juli ini mula
mendapat perhatian malah menerima sebanyak lebih 1300 ‘like’ dan ada
yang bersetuju dengan pendapat Juli yang mengatakan untuk bertukar agama
adalah hak setiap individu yang tidak perlu dicampuri oleh orang lain.
Sebagai seorang muslim, perbuatan menukar agama atau murtad adalah
tergolong di antara salah satu daripada dosa besar, perkara ini memang
termaktub dalam Al-Quran.
Tiada siapa yang boleh mengubah perkara tersebut walaupun Juli berasa
hak individu seakan diganggu oleh segelintir pihak yang mengecam
pertukaran agamanya.
Apa pula komen anda?
Sumber: Mynewshub.my