Sungai Petani, 3 Jun – Seorang kanak-kanak
empat tahun dipercayai meninggal dunia akibat tercekik bebola ikan yang diberikan oleh ibunya, di sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam
4.00 petang di kediamanan saudara kanak-kanak tersebut di Resort Homes dekat Persiaran Cinta Sayang di sini.
Kanak-kanak yang dikenali sebagai Lim Wei Kiat sedang
memakan bebola ikan bersaiz syiling 50 sen dalam keadaan terburu-terburu dan
dipercayai tercekik akibat tindakannya itu.
Bapa saudara mangsa, Wong yang menyedari kejadian itu
uterus membawa mangsa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk mendapatkan rawatan
kecemasan.
Mangsa disahkan meninggal dunia tiga jam kemudian
dipercayai kekurangan oksigen.
Pegawai perubatan di hospital berkenaan cuba
menyelamatkan kanak-kanak tersebut tetapi tidak berjaya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten
Komisioner Khalil Arifin ketika dihubungi mengesahkan insiden itu dan
mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor