Keadaan Presiden PAS Terkini Di Istanbul

Keadaan kesihatan Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, menunjukkan perubahan positif di mana beliau sudah boleh duduk di atas kerusi dan bercakap.

Setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun begitu, Abdul Hadi masih perlu berehat untuk mempercepat proses penyembuhan.

"Dalam masa yang sama, pihak doktor pakar juga menasihatkan supaya beliau tidak menerima pelawat dalam tempoh dua hari ini untuk mengelakkan sebarang jangkitan baharu.

"Pihak kami memohon berbanyak maaf sekiranya permintaan ini menyusahkan rakan taulan, sahabat seperjuangan  yang berhajat atau yang sudah berada di Istanbul untuk menziarahi beliau," katanya dalam satu kenyataan, lewat malam tadi.

Presiden PAS dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul kelmarin akibat masalah kesihatan. -KedahNews.com