Kecoh Bergaduh, Lelaki India Mati Ditikam Wanita Indonesia

Foto

Petaling Jaya, 12 Jun – Seorang lelaki warga India telah dibunuh oleh kekasihnya yang merupakan wanita Indonesia dalam rumah sewa mereka di Petaling Utama awal pagi semalam.

Mayat lelaki itu dijumpai berlumuran darah dipercayai ditikam oleh teman wanitanya dengan menggunakan pisau ketika mangsa baru selesai mandi.

Kejadian berlaku dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara lelaki yang berusia 40-an itu dengan teman wanitanya.

Sepasukan polis telah berjaya memberkas wanita itu ketika suspek sedang mengemas barang dipercayai mahu melarikan diri selepas mendapat maklumat daripada penduduk setempat yang mendengar pertelingkahan antara pasangan ini pada jam 4.30 pagi semalam.
“Hasil pemeriksaan mendapati seorang wanita asing berada di dalam rumah itu dalam keadaan tergesa-gesa dan suspek kemudian membawa anggota polis ke sebuah bilik tidur yang membawa kepada penemuan mayat mangsa.

“Suspek yang mengaku sebagai kekasih mangsa dipercayai menikam lelaki itu selepas berlaku pergaduhan,” kata Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Azmi Abu Kassim mengulas mengenai kejadian yang berlaku.
Suspek yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya untuk disoal siasat berhubung insiden yang berlaku.
Di sabitkan kesalahan suspek akan di dakwa bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhkan hukuman gantung. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor