Kemaluan Masih "Berdiri" Walau Mayat Sudah Reput!



Jakarta Barat, Indonesia , 12 Jun – Polis Indonesia terkejut apabila  telah menjumpai mayat seorang lelaki yang kemaluannya masih ‘berdiri’ walaupun keadaan mayat tersebut sudah hampir reput.

Menurut seorang saksi, Suparno berkata, keadaan mayat tersebut sudah pun memperlihatkan tanda-tanda semakin mereput ketika ditemui.

“Keadaannya sudah hitam dan alat kelaminnya saya lihat tadi masih berdiri. Kalau ada luka-luka di badan saya tidak nampak kerana  keadaan badannya sudah hitam,” katanya kepada media Indonesia.

Suparno berkata, penduduk kampung sebelum ini telah menghidu bau yang sangat busuk dan disebabkan itu dia bersama beberapa penduduk kampung bertindak mencari punca bau berkenaan.

Mereka telah menemui mayat seorang lelaki yang hanya berseluar pendek berwarna hitam tanpa baju di celah-celah rimbunan pokok buluh di lokasi tersebut.

Dia bertindak menghubungi pihak polis mengenai penemuan mayat tersebut dan polis telah membawa mayat itu ke hospital untuk dibedah siasat. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor