Kemaluan Suami Dipotong Gara-Gara Ingin Berkahwin Lagi?



Kubang Kerian, 19 Jun – Gempar apabila satu laporan yang heboh dikatakan dalam laman sosial mengenai tindakan seorang isteri yang memotong kemaluan suaminya selepas mendapat khabar tentang lelaki itu ingin berkahwin lagi.

Menurut sumber yang KedahNews.com perolehi, wanita itu bertindak memotong kemaluan suaminya ketika lelaki itu sedang tidur.

Perbuatan itu dipercayai berlaku disebabkan wanita yang baru mendapat berita daripada seorang kenalan mengenai hasrat suaminya yang ingin berkahwin lain.

Wanita yang berang dengan khabar yang diterima itu bertindak menunggu suaminya sehingga tidur sebelum memotong kemaluan lelaki itu sehingga putus.

Sehingga kini, KedahNews.com tidak dapat mengesahkan mengenai kesahihan laporan yang telah heboh diperkatakan di laman sosial. Lelaki itu kini dikatakan sedang di rawat di Hospital Kubang Kerian, Kelantan.
Di sini KedahNews.com memperolehi sekeping foto yang dipercayai gambar kemaluan lelaki malang itu yang mula tersebar di internet.


Kepada semua lelaki yang ingin berkahwin lagi, KedahNews.com berharap dapat memikirkan dulu sebelum berlaku kejadian yang sama kepada anda dan golongan isteri juga harus memastikan kebenaran khabar angin yang diterima sebelum melakukan apa-apa tindakan kepada si suami.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor