Kuala Lumpur, 23 Jun - Kerajaan membuat keputusan tepat apabila menolak tawaran pengambilalihan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) oleh Idaman Saga Sdn Bhd memandangkan tawaran itu tidak cukup menarik dan berasaskan "andaian yang tidak tepat", kata seorang ahli pemikir hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan berkata, oleh yang demikian, anggapan bahawa keputusan penolakan kerajaan yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar di Parlimen baru-baru ini yang disifatkan sebagai terburu-buru oleh sesetengah pihak itu, adalah salah sama sekali.
"Ini bukan penolakan yang dibuat semata-mata selepas membaca sepucuk surat yang dihantar, sudah pasti kerajaan membuat kajian serius.
"Juga, sudah pasti ada perundingan sebelum keputusan diambil, dan oleh itu silap untuk mengandaikan tidak ada kajian, tidak ada penyelidikan, dilakukan. Sudah pasti ada siasatan latar belakang dilakukan," kata Wan Saiful dalam satu temubual.
Beliau berkata kerajaan sudah pasti mengetahui cadangan pengambilalihan itu, termasuk tiada kenaikan tol bagi keseluruhan rangkaian lebuh raya terpanjang negara, yang merentangi Semenanjung Malaysia, sehingga akhir perjanjian konsesi pada 2038, berasaskan andaian salah dan angka yang tidak tepat.
"Oleh itu saya tiga percaya kerajaan membuat keputusan itu secara tergesa-gesa, mereka sudah pasti membuat siasatan.
Ini merupakan tawaran untuk membeli sesuatu daripada kerajaan, jika tawaran baik dibuat dan kerajaan merasakan ia memberi manfaat kepada rakyat, saya pasti ia akan ditimbang. Mereka juga mahu membuat untung untuk negara," katanya.
"Dalam situasi di mana pemilik aset tidak aktif untuk menjual aset, orang lain tiba-tiba datang dan berkata kami mahu membelinya dan inilah sebab mengapa anda perlu menjualnya, oleh itu menjadi tanggungjawab orang yang mahu membeli membuat tawaran yang menarik, dan dalam kes ini jelas ia tidak berlaku dan sebab itu ia tidak menjadi kenyataan," kata Wan Saiful.
PLUS dimiliki dua entiti milik kerajaan UEM Group dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ditanya mengenai kenyataan pembida bahawa ia tidak diberikan peluang untuk mengetengahkan cadangannya kepada kerajaan, Wan Saiful berpendapat ia merupakan kes penjual enggan menjual, namun pembeli sangat berminat. -KedahNews.com