Kerajaan Lulus Pembinaan Kasino Milik Vicent Tan?


Kuala Lumpur, 18 Jun – Jutawan Malaysia, Tan Sri Vicent Tan didakwa telah bersetuju untuk membuat pelaburan sebanyak RM3 bilion bagi membina pusat perjudian atau kasino kedua terbesar di negara ini pada masa akan datang.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Business Times In Malaysia, pihak kerajaan telah meluluskan pelan pembangunan kasino tersebut.

Pemilik kelab bola sepak Cardiff City itu berkata, dia merancang untuk memohon lesen operasi kasino tersebut yang akan dibina di sebuah resort yang dimiliki oleh Berjaya Corporation iaitu Berjaya Hills, Pahang.

Vicent merupakan pemegang saham terbesar Berjaya Corporation iaitu dengan saham berjumlah 23.03 peratus.

Sehingga kini, Malaysia hanya mempunyai satu pusat kasino yang berpusat di Genting Highland dan dimiliki Genting Berhad.

Pembukaan pusat kasino di Genting Higland telah mencatat keuntungan yang besar apabila mencatat jumlah sehingga RM1.4 bilion dalam suku tahun pertama.

Dalam pada itu, pihak Berjaya Corporation masih gagal dihubungi oleh pihak media untuk mengulas mengenai laporan tersebut. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor