Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bersedia membantu pengantin wanita Hindu yang didaftarkan sebagai Islam menyelesaikan status agamanya, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menteri besar Selangor (gambar) itu berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini selepas mendengar penerangan daripada pegawai Jais.
"Dia boleh membuat pertukaran kalau dapat selesaikan nama baru yang beliau ingini.
"Jais kata ini bukan serbuan, media kata serbuan, kita (Selangor) kata ini memalukan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Shah Alam, hari ini.
Khalid berkata, hasil siasatan Jais menunjukkan wanita terbabit, Zarina Abdul Majid didaftarkan atas nama Islam oleh bapanya atas faktor peribadi tetapi tidak pernah mengamalkan cara hidup dan ajaran Islam.
Beliau berkata, pihaknya juga menegaskan kepada Jais tentang ketetapan prosedur (SOP) yang ditetapkan kepada penguatkuasaan Jais hendaklah dipatuhi.
Katanya, tindakan akan diambil kepada mana-mana pegawai yang gagal berbuat demikian.
"Bagi menjaga kehormatan antara masyarakat berbilang kaum dan agama di Selangor, MMKN kesal dengan kejadian yang berlaku dan mengarahkan Jais supaya meneliti kes yang melibatkan bukan Islam agar insiden sebegini tidak berulang," katanya.
Katanya, mengikut SOP yang ditetapkan negeri, untuk kes yang melibatkan antara orang Islam, Jais dibenarkan melakukan kerja dan mengemukakan laporan seperti biasa.
Bagaimanapun, katanya, bagi perkara yang melibatkan antara kaum, Jais perlu mendapatkan pandangan daripada menteri besar dan exco terlebih dahulu.
"Majlis kahwin adalah upacara yang besar sebab itu saya rasa kita tidak patut merosakkannya," katanya.
Ketika ditanya sama ada Jais sudah mengemukakan permohonan maaf, Khalid berkata, perkara itu tidak perlu didedahkan kerana ia membabitkan hal dalaman negeri.
Sementara itu, Khalid mengumumkan Selangor akan menganjurkan Majlis Dialog Belanjawan 2015 pada 9 dan 10 Jun depan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) sebagai persediaan awal merangka bajet tahunan.

Sumber: TMI