Kuala Lumpur, 17 Jun – Kilang bihun
Cap Masjid yang baru-baru ini mencetuskan kegemparan kepada pengguna apabila
logo halal yang terdapat di bungkusan produk tersebut tidak diiktiraf oleh
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah terbakar malam tadi.
Kejadian ini sangat mengejutkan
di saat kilang ini berdepan tindakan undang-undang selepas penyebaran gambar
jijik sebelum ini yang disusuli dengan kenyataan Jakim yang mengesah kilang
tersebut tidak mempunyai sijil halal yang sah.
Beberapa keping gambar mengenai
kebakaran yang berlaku telah dimuatnaik pada laman Facebook Daily Traffic Report.
Sebelum ini, KedahNews.com ada
menulis mengenai isu logo halal yang terdapat pada bungkusan produk berkenaan
dan keadaan pekerja kilang yang tidak berbaju semasa produk itu diproses
sekaligus menyebabkan lesen kilang itu telah ditarik oleh pihak berkuasa.
Tindakan itu menyebabkan para
pengguna marah kerana kilang tersebut mengunakan logo sebuah masjid yang
menjadi tempat ibadat untuk orang Islam sedangkan keadaan kilang jelas
menunjukkan tiada unsur kebersihan dan halal dalam penyediaan produk bihun. -KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor