Kompresor Angin Jadi Hantaran Kahwin



Petaling Jaya, 10 Jun – Sekeping gambar hadiah hantaran seorang pengantin perempuan memberikan hantaran kepada pasangan sebuah kompresor angin mencuri tumpuan para penguna laman sosial sejak isnin yang lalu.

Apa yang lebih menarik, kompresor angin yang diberikan itu telah diikat dengan reben merah dan dihiasi dengan bunga diletakan di bahagian tepi hantaran tersebut.

Selain itu, turut kelihatan beberapa barang hantaran yang lain telah dihias cantik di dalam dulang.

Saiz kompresor angin yang terlalu besar menyebabkan pihak pengantin perempuan tidak dapat meletakan hantaran yang di anggap istimewa itu ke dalam dulang.

Menurut sumber yang diperolehi KedahNews.com, gambar tersebut pernah dimuatnaik pada tahun lalu dan menjadi perbualan ramai sejak ianya tersebar ketika itu.

Kini, gambar tersebut kembali dimuat naik Isnin lalu dan menjadi viral apabila para penguna laman sosial menjadikan gambar itu sebagai bahan gurauan. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor