Kuala Lumpr, 16 Jun – Seekor kucing
jantan bernama, Louis Vuitton (LV) bakal dipersembahkan Kepada Yang Di-Pertuan
Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Pemaisuri Agong, Tuanku Hajah
Haminah apabila baginda mencemar duli merasmikan Festival Bunga dan Taman
PutraJaya 2014 (FLORIA Putrajaya), Sabtu ini.
Presiden Kelab Kucing Malaysia
(KKM), Khalid Rashid berkata, kucing jenis ‘Maine Coon’ yang dibawa khas dari
negara Estonia akan menjadi hadiah daripada KKM dan Perbadanan Putrajaya (PP)
khas untuk pasangan diraja.
“Kucing terbabit dibawa masuk sejak September 2003 dan dijaga rapi oleh
saya sendiri bagi memastikannya sentiasa sihat dan bebas daripada sebarang
penyakit sebelum diserahkan kepada pihak istana.
“Ini adalah hadiah khas daripada
KKM dan PPj sempena FLORIA Putrajaya tahun ini sebagai menghargai kehadiran
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong merasmikan festival tahunan ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Selain itu, KKM akan mengadakan Pameran Kucing Khas Diraja sepanjang
majlis perasmian festival itu diadakan pada hari sabtu ini. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor