Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim Bernilai RM1.6 Bilion - Mukhriz

Kuala Lumpur, 24 Jun – Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir cadangan untuk membina lapangan terbang antarabangsa di Kulim, Kedah akan melibatkan kos sebanyak RM1.6 bilion bagi memenuhi peningkatan penerbangan ke wilayah utara.

Mukhriz berkata, kos yang dimaksudkan itu termasuk pengambilan tanah, pembinaan infrastruktur asas lapangan terbang dan pembinaan dua buah landasan.

Pembinaan satu lagi lapangan terbang antrabangsa ini amat penting bagi negeri-negeri di kawasan utara kerana kajian membuktikan lapangan yang sedia ada di Bayan Lepas mungkin akan mencapai kapasiti penuh dalam tempoh masa dua tahun.

“Satu lagi factor yang membimbangkan ialah lapangan terbang itu mempunyai satu landasan yang mempunyai kapasiti terhad untuk menampung lebih banyak pesawat. Pendaratan oleh kargo telah dikurangkan lebih 10 peratus dalam tempoh tiga tahun lepas.

"Wilayah utara berkembang dan memerlukan perkhidmatan dan kemudahan kargo udara," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian pejabat Bina Darulaman Bhd di sini Isnin.

Menurut Mukhriz, cadangan beberapa pemimpin pembangkang  untuk membina satu lagi landasan di Bayan Lepas dengan melakukan penambakan laut bagi memanjangkan landasan amat sukar dilaksanakan kerana terdapat banyak kilang di kawasan tersebut dan menganggap cadangan itu hanya mudah untuk dicakap tetapi sukar untuk melakukannya.

"Penyambungan landasan tidak membantu, peningkatan penerbangan hanya dengan lebih banyak landasan dan tidak memanjangkan yang sedia ada," katanya yang merujuk penambakan laut di Osaka Jepun yang mengambil masa 10 tahun untuk membina sebuah lapangan terbang.

Cadangan pembinaan lapangan terbang di Kulim diliihat mengambil kos lebih murah kerana mempunyai kawasan tanah besar  melebihi 600 hektar yang sudah tersedia dan mampu membina sebanyak empat buah landasan di kawasan berkenaan.


Beliau berkata, sekiranya cadangan itu diluluskan oleh kerajaan persekutuan, lapangan terbang ini boleh menjadi lapangan terbang serantau untuk menampung pelancong di kawasan selatan Thailand.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor