Leher Bangla Dikelar Penyamun Di Kuala Kedah


Kuala Kedah, 2 Jun – Dua lelaki dipercayai rakyat Bangladesh mendakwa mereka telah disamun dalam satu kejadian yang berlaku di Taman Sri Purta dekat sini malam pada jumaat yang lalu.

Ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam, salah seorang mangsa dilaporkan cedera di bahagian leher akibat dikelar dan seorang lagi mangsa yang telah diikat tangannya terpaksa berlari hampir 300 meter untuk meminta pertolongan.

Mangsa yang mengalami kecerderaan di leher telah pengsan sejurus menceritakan mengenai kejadian kepada orang ramai di sebuah Restoran di sini jummat lalu.

Menurut seorang saksi Hafiz berkata, dia melihat seorang lelaki cedera dan seorang lelaki yang tangannya berikat meluru lari ke arah sebuah restoran.
“Mereka mendakwa telah dirompak orang tidak dikenali semasa dalam kediaman mereka,” kata semalam ketika ditemui.

Seorang jiran mangsa, Zul Ismail, 46, sewaktu kejadin berlaku, dia tidak mengesyaki apa-apa kerana tidak mendengar sebarang bunyi yang mencurigakan sehinggalah anaknya memaklumkan kepada dia melihat dua kelibat lelaki yang keluar berlari dari rumah mangsa.

Zul menegaskan kedua-kedua mangsa dipercayai baru menetap disitu kira-kira dua bulan yang lepas dan mereka tidak tahu mengenai latar belakang pekerjaan mangsa.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Setar, Deputi Superintendan V Saravanan telah mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku.

Kedua-dua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan mangsa dilaporkan tidak mengalami cerdera yang serius.

“Doktor memaklumkan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan. Setakat ini, pihak kami belum dapat mengesahkan nilai kerugian mangsa,” katanya mengulas keadaan mangsa.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor