Lelaki Ini 25 Tahun Jalan Undur Ke Belakang



New Dehli, 12 Jun – Seorang lelaki mendakwa sudah lupa untuk berjalan ke hadapan dan dia lebih selesa berjalan secara mengundur sejak 25 tahun yang lalu.

Menurut Mani, dia sudah tidak tahu bagaimana untuk berjalan ke hadapan sejak dia mempratikkan cara berjalan secara mengundur tersebut sejak 25 tahun yang lalu.

Mani menegaskan tindakan berjalan secara mengundur langsung tidak menganggu kehidupan sehariannya malah dia mengakui sangat mahir melakukan rutin yang di anggap luar biasa ini untuk menaiki tangga, menyeberang jalan dan ketika menggunakan kenderaan awam.

“Berjalan seperti orang biasa kini menjadi cabaran kepada saya. Jiwa saya sudah lupa untuk melakukannya dan saya lebih selesa  jalan berundur.

“Kehidupan saya penuh dengan perjuangan, pengorbanan, pencapaian dan bantahan. Kerana itu, saya tiada masalah untuk meneruskan kehidupan dengan berjalan gostan (berundur) sehingga dunia ini aman sepunuhnya,“ kata Mani dalam satu temubual di India.

Sebelum ini, Mani telah bertindak berjalan sejauh 480 kilometer di Chennai dalam keadaan berbogel. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Backwards walker