Jempol - Seorang lelaki maut apabila kereta Honda Civic yang
dipandunya terbabit dalam kemalangan di Jalan FELDA Palong 9, dekat
Bandar Seri Jempol, pagi ini.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias berkata,
kemalangan jam 10.55 pagi itu berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa
Mohd Rashid Idris, 49, dari FELDA Palong 14 bertembung dengan sebuah
kenderaan polis bantuan FELDA Toyota Hilux.
Hamzah berkata, Toyota Hilux datang dari arah FELDA Palong 16 menuju ke
Pasir Besar dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan
dan bertembung dengan Honda Civic.
"Pemandu kereta terbabit maut akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan. Manakala pemandu dan penumpang pacuan empat roda itu mengalami kecederaan patah kaki kanan.
"Pemandu kereta terbabit maut akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan. Manakala pemandu dan penumpang pacuan empat roda itu mengalami kecederaan patah kaki kanan.
"Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Jempul untuk rawatan. Mayat mangsa
juga dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat," katanya. -MyMetro