Kuala Terengganu, 19 Jun –
Seorang lelaki yang mengaku telah bertukar ke agama Kristian bertindak mengugut
untuk membunuh ibunya yang mahu menunaikan solat dan mengaji di sini pada 13
Jun lalu.
Ismail Mansor, 34, berasal dari
Kampung Sungai Ikan, mengaku salah atas pertuduhan yang dibacakan Hakim
Majistret, Nurunaim Abdulah terhadap kesalahan mengugut mahu mendatangkan
kecederaan terhadap ibunya, Mek Azizah Yusof, 55 dengan niat mahu membunuh
mangsa.
Susulan pengakuan salah itu,
suspek yang merupakan anak kedua mangsa boleh disabitkan kesalahan mengikut
Seksyen 506 Kanun Keseksaan berdepan dengan hukuman dua tahun penjara dan denda
atau kedua-duanya sekali.
Berdasarkan fakta kes, ketika
kejadian mangsa dikatakan sedang menonton televisyen dirumah sebelum mangsa
secara tiba-tiba datang mahu menghentak ibunya dengan mengunakkan lesung batu
sampai mengugut mangsa untuk membunuhnya.
Mangsa yang terkejut melihat
anaknya seolah-oleh dirasuk, bertindak melarikan diri ke rumah jirannya bagi
menyelamatkan diri setelah diugut oleh anak lelaki itu.
Suspek dipercayai marah kerana
ibunya masih bersolat dan mengaji walaupun dia pernah melarang mangsa untuk
tidak melakukan ibadat di rumah mereka sebelum ini.
Mangsa yang bimbang dengan ugutan
suspek bertindak membuat satu laporan polis selepas kejadian berlaku dan Ismail
telah ditahan dirumahnya pada 15 Jun lalu. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor