New York, 10 Jun – Lelaki yang
telah dinobatkan sebagai orang paling tua di dunia Alexander Imich, 111 , telah
menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.30 pagi semalam di rumahnya, Upper
West Side.
Imich yang telah di iktiraf
sebagai orang paling tua di dunia oleh Buku Rekod Dunia Guinness meninggal
dunia ketika usia 111 tahun dan
difahamkan dia bakal menyambut ulang tahun yang ke 112 tidak lama lagi.
Menurut rekod, Imich dilahirkan
di Poland pada 4 Febuari 1903 sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun
1951 selepas di berkahwin dengan isterinya, Wella.
Mereka tinggal di Connecticut
sebelum dia bertindak berpindak ke New York selepas kematian isterinya pada
tahun 1986.
Sebelum ini, Imich memberitahu
faktor utama usia hayatnya mencecah ke 100 tahu disebabkan dia dilahirkan
menerusi ‘gen’ yang baik.
Selain itu, Imish dalam wawancara
bersama Majalah Times berkata, antara alasan yang mungkin menyebabkan hayatnya
panjang disebabkan dia aktif bersukan serta tidak meminum arak dan mungkin
faktor tidak mempunyai anak membolehkan usianya melebihi 100 tahun. –KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor