Seorang peminat bola sepak di Norway memenangi wang
tunai sebanyak £500 (RM2,733.13) selepas jangkaannya bahawa penyerang Uruguay, Luis
Suarez akan menggigit seseorang dalam saingan Piala Dunia berlaku.
Suarez yang pernah mengigit dua pemain kebelakangan ini dipertaruhkan
akan menggigit pemain ketiga dalam Piala Dunia oleh sebuah syarikat
perjudian di Norway.
Pertaruhan serendah £3 itu bagaimanapun dibayar sebanyak £500 jika
pemenang berjaya membuat tekaan pemain manakah yang akan menjadi mangsa.
Dalam perlawanan melibatkan Uruguay menentang Itali pada pagi Rabu, Suarez telah menggigit bahu Giorgio Chiellini.
Peristiwa itu sekali lagi menimbulkan kontroversi dan pertikaian terhadap disiplin pemain berkenaan. -Mstar