Lelaki Terkejut Ditahan Ketika Sedang Beronani Di Pasaraya


Bandar Okhlahoma, 22 Jun –Seorang lelaki yang sedang beronani di dalam sebuah pasaraya ‘terkejut’ apabila dia ditahan oleh pihak polis di sini baru-baru ini.

Lelaki yang dikenali sebagai Derek Bennett, 26, mendakwa terkejut apabila dia ditahan kerana tidak menyangka perbuatanya itu disedari orang ramai yang memenuhi pasaraya, Walmart.

Menurut dua orang saksi, Bennett telah membuka zip seluar dan mengeluarkan kemaluannya lalu melakukan perbuatan onani tanpa berselindung di sekitar kedai Tire And Lube Express.

Mereka yang terkejut melihat Bennett melakukan perbuatan itu terus bertindak melaporkan kepada pengawal keselamatan mengenai kejadian itu sebelum pihak polis tiba ke pasaraya tersebut.

Ketika pihak polis cuba menahan Bannett, dia cuba bertindak melarikan diri setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa namun tidak berjaya.

Dalam satu laporan media di sana semalam, Bannett yang ditahan mengaku melakukan perkara tersebut tetapi dia sangat terkejut kerana perbuantannya itu disedari oleh orang ramai.


Akibat dari perbuatannya itu, dia akan didakwa di mahkamah atas kesalahan melakukan perkara tidak senonoh di khalayak ramai. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor