Lima lelaki belasah gadis sampai mati hanya kerana...

Terlalu kejam – itulah yang dilakukan lima lelaki terhadap seorang gadis di dalam restoran makanan segera McDonald’s yang terletak di seberang sebuah balai polis di Shandong, bandar Zhaoyuan, China.

Kejadian pada 9 malam 28 Mei itu menyaksikan lima lelaki yang datang menaiki Porshe Cayenne, memasuki restoran lalu terlihat mangsa.

Mereka kemudiannya meminta nombor telefon namun mangsa enggan memberinya.

Disebabkan sakit hati, kelima-lima lelaki tersebut bertindak membelasah si gadis sampai mati termasuk menendangnya di kepala dan menghentak kepalanya hingga tiang besi patah.

Video kejadian ini menjadi viral dengan rata-rata mempertikaikan mengapa tidak ada seorang pun yang tampil membantu ketika mangsa meminta tolong.

Bagaimanapun saksi mendakwa, mereka terlalu takut untuk membantu kerana jumlah penyerang yang ramai dan mereka awal-awal lagi sudah memberi amaran supaya jangan masuk campur.

Melihat pada keberanian para penyerang membunuh di khalayak ramai, ramai menyatakan mereka dipercayai datang daripada keluarga yang berpengaruh dan tidak mustahil jika terlepas daripada hukuman.

Jika benar, adalah amat menyedihkan jika kematian gadis tersebut tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.  

Sumber:  MYNEWSHUB.MY