Entah dari mana KedahNews.com tidak tahu segelintir masyarakat Malaysia yang gemar memaki hamun meskipun individu yang dicaci itu langsung tidak melakukan sebarang kesalahan atau dosa pada mereka.
Antara pihak yang sering dihamun ialah pihak berkuasa seperti anggota polis dan anggota polis trafik yang berkhidmat untuk mereka setiap hari tanpa rasa jemu meskipun berdepan dengan jutaan kerenah kita.
Terbaru, seorang isteri anggota polis trafik meluahkan rasa kecewa apabila suaminya dimaki sebagai "anjing sapu jalan" oleh seorang individu lain yang tidak bertanggungjawab.
Menurut sumber, difahamkan suami wanita itu sedang bertugas menyapu kaca-kaca yang bertaburan di atas jalan bagi memudahkan laluan para pengguna jalanraya berkenaan.
Meskipun berkhidmat diluar tugasan hakiki seorang anggota trafik, pahala dan jasa anggota trafik itu sangat terpuji di sudut Islam kerana tindakannya itu adalah demi menjaga kebajikan masyarakat setempat yang menggunakan jalanraya itu.
Kaca yang bertaburan itu mungkin membahayakan pengguna jalanraya, khususnya penunggang motorsikal.
Peliknya, masih ada lagi individu yang tidak bertimbang rasa menggelar anggota trafik itu sebagai "anjing sapu jalan"?
Bayangkan anda merupakan isteri, suami, anak, adik, abang atau saudara terdekat anggota trafik berkenaan. Bayangkan pula sekiranya anda sendiri merupakan anggota trafik tersebut, apa perasaan anda? Astaghfirullhil'azim... - KedahNews.com