Kemaman, 4 Jun – Seorang lagi
penyerang sensasi skuad bola sepak negara, Wan Zack Haikal telah menamatkan zaman bujangnya
dengan gadis pilihannya yang berasal dari Kemaman, Terengganu, Nur Shifa pada Jumaat lalu.
Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan di Masjid Kampung Pengkalan Pandan Kemaman, Terengganu.
Majlis resepsi sebelah perempuan
telah diadakan pada keesokan harinya bertempat di Puteri Foodcourt, Bukit
Mentok Kemaman dengan menggunakan warna pastel sebagai warna tema.
Di sini, KedahNews.com ini
berkongsi beberapa keping foto Majlis resepsi yang telah diadakan baru-baru
ini.
Tahniah diucapkan kepada Wan Zack
dan pasangan, Nur Shifa dari warga Kedah.News.com.
Semoga ikatan yang dibina akan berkekalan hingga ke Jannah. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Semoga ikatan yang dibina akan berkekalan hingga ke Jannah. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor