Louis van Gaal mahu Pengerusi Eksekutif Manchester
United Ed Woodward mendapatkan tiga bintang Jerman iaitu Mats Hummels,
Bastian Schweinsteiger dan Thomas Muller dalam tempoh terdekat.
Pengurus baharu United yang sedang memberi tumpuan terhadap skuad
Piala Dunia Belanda ketika ini berharap pembelian pemain itu dapat
diselesaikan dalam beberapa minggu lagi.
Ia termasuk mengakhiri penghijrahan pertahanan kiri Southampton, Luke Shaw ke United.
Usaha United untuk mendapatkan ketiga-tiga bintang Jerman bernilai
lebih £100 juta itu bagaimanapun berdepan masalah apabila Borussia
Dortmund enggan melepaskan Hummels manakala Muller turut diminati
Barcelona.
Schweinstiger juga mungkin berdepan masalah untuk dijual oleh Bayern
Munich selepas dia diberikan kontrak panjang oleh kelab berkenaan.
Bintang Bayern Munich, Bastian Schweinsteiger (kiri) dan Thomas
Muller (kanan) kini dikehendaki Van Gaal untuk memantapkan Manchester
United.
Mats Hummels |
Muller, 24 kini berasa dipinggir oleh pengurus, Pep Guardiola dan
memohon Bayern meletakkan dirinya sebagai pemain utama jika mahu dia
kekal.
Schweinsteiger, 29, bagaimanapun bersiap sedia untuk berhijrah ke United.
Kedua-dua pemain berkenaan berada dibawah kendalian Van Gaal pada
tahun 2010 sehingga berjaya membawa Bayern menjuarai Liga Juara-juara
Eropah.
Ketika mengemudi Bayern, Van Gaal berjaya menukar karektor
Schweinsteiger sebagai penyerang kepada pemain tengah selain membawa
Muller yang mewakili skuad remaja ke pasukan utama.
Kedua-dua pemain berkenaan juga dilaporkan lebih gembira untuk
bersama Van Gaal di United berbanding kekal di Bayern dibawah kendalian
Guardiola. -Mstar